:: IMTIHAN KIAN HAMPIR ::


Assalamualaikum WBT..

Imtihan kami,pelajar-pelajar Qiraat Shoubra dan Mansurah tahun 1 dan 2 kian hampir. masa ni,macam-macam ragam dapat dilihat. ada yang ke hulu ke hilir dengan matan Qiraat, speed buat study group dan paling best tengah masak pun matan ada dekat dengan kuali ! ^_^ masyaAllah..hebatnya perjuangan pencinta-pencinta ilmu..teruskan usaha kita sahabat-sahabat,moga-moga tiap titik peluh yang mengalir kerana menghafaz kalam Allah diganjari pahala yang tiada taranya,amin.

Saya mengambil kesempatan ni nak ucapkan "Selamat Menghadapi Imtihan " buat semua ikhwah akhawat di Mesir mahupun di Malaysia.(kalau tak silap, anak usrah saya di UM pun exam akhir bulan 4) Salam juang diucapkan!Kita usaha sebaik dan sedaya yang mampu.Syeikh kami selalu pesan.."Jangan takut,Allah bersama hamba yang sabar.Kamu usaha sungguh-sungguh dan tawakkal pada Allah.paling penting,jawab semua soalan,jangan tinggal." Jazakallahu khairan kathira ya Syeikh ^_^

Buat diri sendiri,saya berazam untuk laksanakan yang terbaik untuk exam kali ni.Hadiah buat suami,mak abh,adk bradik dan mereka yang disayangi.^_^ Moga-moga Allah kurniakan najah buat kita semua. Paling utama,najah dalam imtihan ketenangan,kejujuran dan kesabaran.Lantas menjadikan medan imtihan ini sebagai wasilah untuk kita lebih mengenali kekuasaan Allah dan kelemahan diri kita. Yakinlah bahawa Al-Quran ini mukjizat dan Syifa'.Bagi hamba yang ikhlas mengamalkannya,nusrah Allah pasti akan tiba,amin.

Kepada semua pembaca yang disayangi, blog ini tidak dapat diaktifkan kala ini kerana fatrah ini adalah fasa akhir persediaan saya untuk menghadapi pertempuran.

Pesan abang.
.

" Tumpu betul-betul pada exam.Family nak tengok result kite.kalau nak gi madinah,study sungguh-sungguh."

" Baik abang ! "^_^


ok,minta izin untuk berundur.Assalamualaikum ^_^

0 comments: