:: KALA HAMPIR EXAM ::

mansurah dah nak dekat zohor.saya nak merehatkan kepala sekejap sekitar 10 minit selepas berhempas pulas melaksanakan misi terakhir-menyiapkan nota resam Al-Quran & Fawasil.biru juga ye mata kalau mengadap buku sepanjang masa ^_^ menuntut ilmu ni labudda kena paksa diri,bukan manjakan diri.jalannya memang susah untuk dapatkan natijah yang bernilai..jadi,buat diri saya..kuatkan hati! ^_^

jadual exam tak dapat lagi..hari ni sahabat2 mula exam takhaluf..moga Allah kurniakan kjayaan buat mereka semua dan kami juga..amin..insyaAllah lepas takhaluf baru dapat jadual exam.waa..berdebar sangat rasanya.mak kat malaysia dah banyak kali minta jadual exam.wan pun sama..syukur Alhamdulillah punya keluarga yang amat mengambil berat.hari ni juga kak tie exam untuk master bidang kedoktorannya..bittaufiq wan najah ya ukhti ! ^_^ masa kecil-kecil dulu,time exam camni..emak n abah amat2 ambil berat tentang study kami..kalau hari2 biasa kami wajib sediakan masa untuk study..time exam km perlu sediakan masa yang berganda.mak akan pastikan kami tidur paling lewat pukul 10mlm,bangun pukul 6pagi.wajib solat subuh(walaupun sekolah rendah tapi tak bole mengelat! ^_^)..kadang2 sebelum subuh kalau saya terjaga..kedengaran esak tangis emak..memohon pada Allah agar mengurniakan kejayaan buat kami anak2nya..(sebak pula rasa..)
pagi exam,sebelum pegi sekolah..abah akan panggil..." jannah , yah , tikah ,abg cik..mari sini.( masa tu adik bongsu kecik lagi )..lalu abah yang penyayang ini akan meletakkan tangannya atas kepala kami..dan baca Surah Al-Insyirah dan doa-doa buat penerang hati kami..(aaa...sebak lagi..)usai mendoakan kami..abah akan cium kepala kami sorang2..(biasanya waktu tu mata saya dah basah,bergenang air mata) selepas tu abah akan bagi kata2 semangat.."anak-anak abah..ingat!abah dan mak selalu doakan deme.biar kita takde harta,jangan kita takde ilmu.."Subhanallah,abah...rindunya kata2 itu.kalam tu saya ingat sampai sekarang..kami pun salam tangan mak dan abah terus hantar pegi sekolah..itulah didikan yang abah dan mak terapkan pada kami 9 beradik.asal dari keluarga susah dan satu masa nanti kami perlu membela nasib keluarga dan agama.

abah..mak..air mata dah mngalir..rndunya pada kalian..baru ni,waktu telefon mak..mak masih mengulangi nasihat yang berharga pada saya.."jangan takut-takut.yakin.Allah pasti akan tolong." nasihat yang simple tapi tepat. bila yakin pada Allah,insyaAllah kita akan tenang hadapi semua keadaan.dengan syarat usaha yang semaksimanya dan Allah Maha Pengasih,takkan mensia-siakan doa hamba yang nak dekat dengan Allah..waktu exam,mak pasti akan mesej.."yah jangan bimbang.keluarga sentiasa doakan yah.yah usaha sungguh-sungguh.mak akan baca Yasin setiap hari untuk yah.." Subhanallah..mulianya hati bonda..

cukup 10 minit..saya perlu berhenti sekarang untuk menerukan tugas yang masih berbaki..bacalah Al-Quran kerana Al-Quran penenang hati yang paling mujarab.salam juang!

1 comments:

~Kupu Kupu Solehah~ said...

MasyaALLAH...terbaiknya family ukhti..
Ma'attaufiq wannajah ^_^