::: EPISOD CINTA MADINAH ::



Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

" Bandar Rasulullah SAW kota yang bercahaya,Al-Madinah Al-Munawwarah adalah merupakan sebuah bandar yang bersejarah,menjadi impian setiap muslim untuk mengunjunginya.Setiap inci buminya mempunyai sejarah,lantaran menjadi bumi yang telah dipilih oleh Allah sebagai tempat perpindahan dan persemadian Rasul-Nya,serta para sahabat,juga menjadi tempat tadahan wahyu.."

Alhamdulillah,akhirnya tiba juga saya di sini..
Menjelang waktu maghrib,kami berdua beriringan menuju ke Masjid Nabawi..mashaALLAH,tersergam indah masjid Nabi di tengah kota..suasana di dalamnya tidak jauh beza dengan Masjidil Haram,cuma di masjid ini tidak terlalu padat seperti di Makkah..jemaah dari Malaysia tak sampai 10 orang yang saya jumpa..Alhamdulillah,Ini adalah peluang keemasan untuk saya bermunajat di Raudah..

MashaALLAH,luas sungguh masjid ni..tong2 air zam2 disusun dengan teratur di setiap sudut,memudahkan jemaah meminumnya pada bila2 masa.teruja saya,semua wanita dalam masjid ni berjubah hitam,berpurdah..kalau ada yang pakai pakaian warna-warni,itu pastilah bukan orang sini..suasana yang saya kagumi,apabila muslimat keluar dari rumah, mereka berjubah,berpurdah hitam,menjaga segagahnya peribadi mereka selaku muslimah solehah,tidak sewenang-wenangnya mempamerkan kecantikan yang dianugerahkan..

usai mengerjakan solat maghrib,saya memilih ruang solat di hujung sekali,ingin bersendiri..bertafakkur dan bermuhasabah akan tiap kelemahan dan kekhilafan diri ini..mashaAllah,tenangnya berada di masjidmu ini duhai Rasulullah..bergenang air mata saat mendengar bacaan AL-Quran yang dibacakan oleh Syeikh Huzaifi sebentar tadi.tajwidnya tepat,amat2 puas mendengar bacaannya..mashaAllah..teringat saya guru saya di TAHAP dulu pernah berkata,"
kalau nak dengar bacaan tajwid yang tepat,dengar kaset Syeikh Huzaifi.."
Alhamdulillah kini saya dapat mendengarnya secara 'live'..satu lagi nikmatMu yang Maha Agung Ya Allah..

Sedang khusyuk membaca Al-Quran,tiba2 bahu saya disentuh lembut.saya berpaling dan wanita arab itu tersenyum..
"maafkan saya,awak Malizi?saya nak bagi roti dan kurma ni pada awak..ambillah," hulur wanita itu dengan sopan.. "Jazakumullah Khairan Kathira.."balas saya..Alhamdulillah,hampir setiap hari saya dihadiahkan kurma dan roti sepanjang berada di sini..Hidup kami suami isteri tidaklah mewah,tapi Alhamdulillah..rezeki yang diperoleh cukup untuk menampung kehidupan kami di sini..segala puji bagiMu Allah..

Raudah dibuka bermula pukul 7pg-10pg.kemudian dibuka semula pada pukul 1.30ptg-2ptg..waktu malam dibuka pada pukul 8mlm-12mlm..Ramai pengawas2 wanita yang menjaga masjid ini..terutama di bahagian makam Rasulullah.Halaqah2 talaqi Al-Quran juga banyak di dalam masjid ni.Pendek kata,suasana ilmu dan musyawarah amat terasa..Saya banyak menghabiskan masa di masjid ini memandangkan suami perlu menguruskan urusan pengajiannya di universiti setiap hari
.."ain,kalau ada talaqi Quran kat masjid,ain join ye.." nasihat suami dan saya lebih suka menerima pesanan itu sebagai satu arahan^_~

Alhamdulillah,kebetulan bila tiba di masjid pada suatu pagi,saya ternampak seorang akhawat sedang tasmi' Al-Quran di hadapan muallimahnya..

"salam al
aik,muallimah,maafkan saya..boleh saya duduk di sini?" ..saya memohon izin..muallimah tersenyum dan mengizinkan duduk..
"
mashaAllah,merdunya suara muallimah ni,tegur bacaan pun dah sedap,apa lagi kalau dengar dia mengaji.." saya bermonolog sendiri..saya cuma sempat membaca 2 muka surat dan meminta muallimah menegur mana2 makhraj@sifat huruf saya yang salah..usai membaca,kami bertaaruf..
di akhir pertemuan,beliau berkata,"
mardhiah,kalau kamu datang ke sini lagi dan nak talaqi dengan saya..kamu naik je ke tingkat atas masjid ni dan tanya orang mana Mualimah Aisyah ya.."
Alhamdulillah,pertemuan yang sangat bermakna buat saya..InshaAllah,jika diizinkan Allah saya ke sini lagi selepas tamat pengajian di Mesir nanti,saya akan bertalaqqi di sini,inshaAllah..

:: SUATU PERTEMUAN ::
Kenangan manis juga yang sempat dirakam adalah pertemuan saya dengan Pak Long,Mak Long dan mutazawwijin di sini.Pak Long menetap di Madinah tak silap saya sudah lebih dari 30 tahun..mashaAllah,orangnya sangat baik,peramah dan penyayang..kami dilayan seperti anak sendiri..seronok dapat bertaaruf dengan Mak Tam(lecturer di Universiti Taibah),kak ina,kak faizah(lecturer juga) dan Mak Long sorang lagi^_^
kak ina dan abg shaharudin menjemput kami bersarapan di rumah mereka dan situ saya berkenalan lagi dengan ummu atiyah..alhamdulillah,terasa kami amat rapat walaupun baru kali pertama kami bersua..semoga Allah memberkati ukhuwah ini hingga ke syurga..^_^

:: PELUANG UNTUK BERZIARAH ::
2hari sebelum pulang ke Mesir,barulah kami berpeluang menziarahi Jabal Uhud dan masjid2 di sekitar bumi Madinah ini..sebelum itu,saya menziarahi Perkuburan Baqi' yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi ini..

Tiada nama atau tanda2 tertentu yang diletakkan di kubur2 tersebut,oleh itu sukar untuk memastikan kubur seseorang.Namun begitu telah diriwayatkan daripada kebanyakan ahli sejarah dan menjadi pengetahuan umum bahawa beberapa kubur tertentu telah dapat dipastikan penghuninya.Saya mengambil 3 daripadanya.

Di antara makam2 yang telah dikenal pasti ialah :
1-MAKAM AHLUL-BAIT RASULULLAH SAW-terletak di sebelah kanan pintu utama.Mereka ialah:
> Fatimah Binti Rasulullah SAW
>Hasan bin Ali bin Abi Talib
>Zainal Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Talib
>Abbas bin Abdul Mutalib
>Muhammad Al-Baqir bin Zainal Abidin
>Ja'afar As-Sodiq bin Muhammad Al-Baqir

2-MAKAM PUTERI2 RASULULLAH SAW-terletak di sebelah kanan makam para isteri Baginda:
>Ruqayyah,Ummu Kalsum dan Zainab

3-MAKAM ISTERI2 RASULULLAH SAW-
>'Aisyah binti Abu Bakar As-Siddqiq
>Saudah binti Zam'ah
>Hafsah binti Umar bin Al-Khattab
>Zainab binti Khuzaimah
>Ummu Salamah binti Abu Umayyah
>Juwairiyyah binti Al-Haris
>Ummu Habibah,Ramlah binti Abu Sufyan
>Safiyah binti Huyai
>Zainab binti Jahsy

Alhamdulillah,Allah memudahkan siri ziarah saya di bumi ini.Sahabat suami,Us Aziz sudi membawa kami menziarahi Jabal Uhud dan masjid2 di sini..rasa bersalah juga menyusahkan Us Aziz memandangkan beliau baru sampai dari Malaysia,namun beliau masih sudi membawa kami ke mana2..semoga Allah memberkati seluruh kehidupannya,amin...



~BUKIT UHUD~
Bukit ini adalah salah sebuah bukit terbesar dan terpanjang di Madinah.Letaknya di bahagian utara Madinah iaitu kira2 5km dari pusat bandar.Di tempat inilah berlakunya peperangan sengit di antara tentera Islam dan tentera musyrikin dari Makkah.Peperangan ini berlaku pada bulan Syawal tahun ketiga Hijrah.

Mengenai keistimewaan Bukit Uhud pula,Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : "Bukit ini(Uhud) mencintai kami dan kami mencintainya.."
(Sahih Al-Bukhari)

semoga kita semua diizinkan Allah untuk kembali menjejakkan kaki ke Tanah Haram,amin..

rujukan: Buku Madinah Munawwarah : Kelebihan dan Sejarah (Karangan Ustaz Abdul Basit bin Abdul Rahman,M.A Madinah)



0 comments: