:: PMRAM : PERSEDIAAN MAHASISWA MENDEPANI MASSA ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..KepadaMu kami sembah dan kepadaMu jua kami meminta pertolongan..

Masih tidak terlewat lagi rasanya untuk saya mengucapkan 'alfun mabruk' buat semua petugas-petugas dan AJK Pelaksana majlis Pembacaan Kutub Sittah di atas kejayaan gemilang kalian menganjurkan majlis semulia ini baru2 ini.Biarpun menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan,namun saya yakin pada saat Hadith pertama dibacakan oleh Ulama' kita pada hari itu,tentunya hati kalian (dan kita semua) menangis kegembiraan tanda syukur yang tidak terhingga kepada Allah,Pengatur dan Pencatur Yang Terbaik.

Alhamdulillah,saya sempat mengikuti kronologi peristiwa Majlis Kutub Sittah ini sedari awal lagi.bagi saya,PMRAM semakin matang dalam berhadapan dengan segala propaganda dan isu.Setiap ujian yang hadir bukanlah pematah semangat kepada PMRAM untuk berundur ke belakang,malah menjadi batu loncatan dan suntikan semangat kepada kita semua untuk tampil memantapkan saf perjuangan.

Menyoroti sejarah perjuangan PMRAM,kita akan dapat merasai betapa berjasanya PMRAM ini kepada kita para musafir ilmu di bumi Mesir ini.Antara peristiwa penting yang pernah berlaku di dalam PMRAM:

1954 - PMM (Persekutuan Melayu Mesir) menghantar dua orang wakil ke Kongres Pemuda Islam yang diadakan di Karachi.
1955 - Sebuah badan ditubuhkan dalam PMM yang menyokong kemerdekaan tanah air setelah badan politik tidak dapat berjalan dengan lancar.Anggotanya terdiri daripada Wan Abdul Kadir Ismail,Wan Husin Azmi dan Hasan Saleh.PMM menghantar kawat kepada persidangan Arfo-Asia supaya menyokong kemerdekaan Tanah Melayu.
1973( 6 Oktober )- PMRAM menderma sebanyak 500 pound kepada kerajaan Mesir di atas kemenangan mereka dalam peperangan 3 serangkai ( Inggeris-Perancis-Israel) yang disampaikan oleh Yang Dipertua PMRAM kepada Dr Abdul Halim Mahmud, Syeikh Al-Azhar.
1992 April -PMRAM menyewa khas sebuah kapal terbang Sudan untuk membawa Jamaah Haji (ahli PMRAM) seramai 150 orang ke Mekah. Kontinjen badminton PMRAM memperkenalkan sukan badminton kepada Majlis Sukan Mesir. Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Krisis Ekonomi (JBKE) untuk menangani masalah kewangan ahli yang meruncing ekoran kegawatan ekonomi Malaysia.

(17 September): PMRAM mengadakan Majlis Konvokesyen kali pertama bagi mahasiswa yang tamat pengajian bertempat di Dewan Kuliah Tarbiyah Universiti al-Azhar dan mengadakan sudut pameran untuk memperkenalkan Malaysia kepada rakyat Mesir.

1993 - PMRAM menghantar 450 orang dalam kursus Kesedaran dan Pimpinan pelajar di Mesir anjuran JPM. Dan mengemukakan resolusi agar pihak kerajaan berlaku adil terhadap mahasiswa Malaysia. Selain itu, PMRAM mengadakan pertunjukan dan latihan sepak takraw di Kelab Sukan Zamalek Kaherah, Mesir. PMRAM juga menjalinkan hubungan dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa. PMRAM juga menghantar wakil dalam kursus pentadbiran anjuran Kementerian Mesir.


2000 - Mengadakan sambutan Ulangtahun ke 70 PMRAM dengan sambutan yang menggalakkan dari seluruh bekas pimpinan PMRAM serta ahli. Pelancaran PMRAM Multimedia Centre (PMC).

2003 -Mengadakan Ijtima’ Tergempar bagi membincangkan perubahan undang-undang tubuh baru.
2004 -Menganjurkan PMRAM International Knowledge Festival In Egypt (PROFIT) yang melibatkan penyertaan mahasiswa Negara Asia dan Afrika.
2005 2-11 Mei: Menyertai Pameran Kebudayaan Universiti Ain Sham bersempena 24th People’s Day Festival Egypt 2005 dengan di anggotai dari 13 Negara. Mendapat tempat pertama. 14 September: Menganjurkan Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang (FKAMC 05) yang buat julung-julung kali mengadakan konsert bersama kumpulan nasyid jemputan dari Malaysia iaitu Hijjaz.
2006 31 Mac : Pelancaran Dana Syaqah PMRAM di Asrama Pelajar Terengganu 5 April : Mengadakan kunjung hormat ke KBMK sempena dengan perlantikan barisan kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM yang baru serta mengemukakan Draf Cadangan Peningkatan Penguasaan Bahasa Arab dan Kebajikan Mahasiswa Al-Azhar Malaysia di Mesir bagi mencari titik persamaan dan dalam rangka bekerjasama dengan KBMK dalam meningkatkan kualiti dan martabat mahasiswa-mahasiswa di Mesir.
22-27 Ogos : Mengadakan Sambutan 50 tahun HEWI PMRAM (IKHLAS 06) yang turut disertai oleh wakil-wakil mahasiswi dari Ireland dan Jepun. Serta menjemput bekas-bekas kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM. Program dikendalikan sepenuhnya oleh HEWI PMRAM.
17-19 September : Menganjurkan PMRAM International Konwledge Festival in Egypt yang bertemakan ‘Memacu Perekonomian Islam’. Mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada semua ahli serta dari negara luar seperti Singapura dan Brunei.


2007 : Mac - PMRAM mengadakan Persidangan Mahasiswa Timur Tengah (PERMIT) melibatkan wakil mahasiswa Syria, Jordan, dan Yaman di Dewan Solah Kamil, Universiti Al-Azhar As-Syarif.
Ogos – Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa III (SEJAK) diadakan di Nadi Zahabiah, Mansurah. Sambutan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) ditukar kepada AMIND. PMRAM menyambut AMIND dengan beberapa pembaharuan dan mengundang kumpulang INTEAM untuk mengadakan persembahan sempena Konsert Raudhatul Infaq.
catatan penuh sejarah PMRAM :http://e-pmram.page.tl/

Sejarah membuatkan kita mengenali dengan lebih mendalam akan susur galur perjuangan.Di dalam PMRAM kita dididik untuk menjadi hamba Allah yang taat,penuntut ilmu yang faqih pada masa yang sama meletakkan hadaf bahawa kita akan sedaya-upaya akan menyampaikan ilmu Allah ini kepada masyarakat apabila pulangnya kita ke tanah air nanti.Di sini adalah medan yang terbaik untuk kita mempersiapkan diri dan memantapkan paradigma sebagai mahasiswa yang peka terhadap agama dan bangsa.

Mahasiswa perlu mempunyai fahaman yang jelas bahawa kita perlu terjun ke dalam masyarakat,melaksanakan amal Islami agar Islam kembali tertegak di muka bumi.Menjadi kewajipan kita untuk mengambil alih pimpinan dunia dari tangan jahiliyyah kepada pimpinan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.Selain itu,kita dipertanggungjawabkan untuk menukar segala corak pemikiran, kehidupan, perundangan, dan akhlak jahiliyyah kepada corak pemikiran, kehidupan, perundangan dan akhlak yang berdasarkan ketauhidan kepada yang Maha Esa.

Kewajipan ini tidak akan gugur daripada menjadi kewajipan dan tanggungjawab pemuda-pemuda Islam sehinggalah kalimah Allah mengatasi kalimah-kalimah toghut serta mengembalikan ubudiyyah manusia kepada Allah dalam segala urusan hidup mereka.





0 comments: