Daisypath Anniversary tickers
:: ULANGTAHUN PERTAMA ^_^::



Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Syukur Alhamdulillah..rupanya sudah SETAHUN usia blog kesayangan saya ini.^_^
Rasanya baru semalam saya mula mencoret kata,mengatur bicara di ruangan maya ini.
Merenung kronologi pembikinan blog yang sederhana ini,saya menyimpan matlamat yang besar agar teratak ini dapat dimanfaatkan buat insan2 yang hadir mengunjunginya.

KONSEP "MEMBERI DAN SAMPAI-MENYAMPAIKAN"

Selama saya melibatkan diri di dalam penulisan blog ini,angka pengunjung,dari mana dan siapa tidaklah menjadi keutamaan,tetapi kehadiran kalian amat-amat saya hargai.jazakumullah khairan kathira kepada insan2 yang sudi berkunjung dan menjadi follower,moga2 kita semua beroleh manfaat.

Saya menyedari bahawa menulis juga adalah salah satu amanah dan wasilah dakwah yang wajar disahut oleh umat Islam sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W,
"Sampaikan dariku walaupun satu ayat."
Sering juga timbul rasa rendah diri di dalam hati.."apa je ye yang pengunjung boleh dapat dari blog ni ?rasa macam banyak kekurangan."

tetapi berpaksikan kepada prinsip,saya ingin terus memberi dan berkongsi apa sahaja yang saya ada,maka saya teruskan juga niat ini.mungkin tidak sehebat mana,tetapi yang penting saya cuba untuk sampaikan yang terbaik.saya masih merangkak dan bertatih untuk menulis dengan baik dan Alhamdulillah,setelah melibatkan diri di dalam dunia blog ini,banyak ilmu yang saya peroleh di samping keberanian untuk terus MENYAMPAIKAN ilmu kepada masyarakat.

Merenung khutbah terakhir Baginda Rasulullah S.A.W,banyak mengajar dan mengingatkan kita bahawa setiap ilmu yang kita ada perlu disampaikan kepada manusia lain.Renungkan khutbah Baginda:

" Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan SAMPAIKANLAH ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku MENYAMPAIKAN pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku SAMPAIKAN risalah Mu kepada hamba-hamba mu."

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Sekiranya para sahabat,tabi',tabi'in dan para ulama' tidak mengambil berat akan konsep menyampaikan ilmu kepada masyarakat,mana mungkin Islam yang syumul ini akan mampu kita gali sehingga ke hari ini.

Tuntasnya,selagi mana kita mampu untuk menyampaikan kebaikan dan kebenaran,maka lakukanlah dengan sebaiknya.

Untuk akhirnya,sekali lagi saya mengucapkan Jazakumullah khairan kathira atas sokongan semua.Tidak dilupakan kepada designer asal blog ini,Ukhti Arbaieyah yang kini bergelar Pensyarah di Darul Quran..Barakallahu fik!^_^


Salam perjuangan buat semua!

5 comments:

Syihabudin Ahmad said...

tahniah kepada akak atas beterusan didalam menyampaikan dakwah dengan blog yang cantik ini.. semoga Allah tetapkan hati akak dan para blogger yang lain untuk mendidik ummah dengan wasilah dakwah terpantas ini..

Pena Ainun Mardhiah said...

amin..semoga kt semua trus thabat..jazakallh khairn kathira..

Hafzi said...

tahniah2! banyak faedah daripada blog ni

Pena Ainun Mardhiah said...

jazakallh khairn kathira..tiap titipan kata yg kita sampaikn akn dipertanggungjwbkn..smga Allah memelihara kita sume..hafzi,abg asshik dtg mesir 14hb..jmput dtg mansurah=)

Anonymous said...

salam...teruskan menulis..,