Bismillahirrahmanirrahim..
Seminggu lebih blog tidak di update.Saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang berziarah dan jutaan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini,moga-moga ada ilmu yang bermanfaat yang dapat dibawa pulang walaupun hanya sekadar satu ayat.
Semakin mengenali Madinah dan berkenalan dengan ahli-ahlinya,semakin banyak catatan dan memori yang ingin diungkap dan dicatat.Banyak peristiwa yang berlaku yang tidak sempat lagi saya tuliskan di ruangan ini.InsyaAllah,saya akan cuba meluangkan masa setiap hari untuk menulis,seusai melaksanakan tugas-tugas sebagai suri di rumah ini.Sedia maklum,suami dan rumahtangga adalah keutamaan bagi seorang isteri.Saya menulis juga dengan izin suami yang sangat dikasihi,dengan harapan ilmu yang ada dapat dikongsikan bersama orang lain.
Alhamdulillah,memasuki trimester kedua ini,kesihatan diri semakin stabil.Jadual saya juga sudah berubah.Setiap hari,saya akan bersama suami ke Masjid Nabawi selepas Asar.Jadual pengajian suami setiap hari sangat padat,bermula seawal jam 7.30 pagi kuliah di Universiti Islam Madinah,tiba di rumah lebih kurang jam 1.30 petang dan bergegas pula ke Masjid Nabawi untuk mengikuti talaqi bersama Syeikh Maqrami pada jam 4.30 petang (setiap hari).Malam Sabtu,talaqi pula bersama Mufti Masjid Nabawi dan Malam Selasa,mengikuti jilsah bersama Syeikh Khalid.
Alhamdulillah,seronok dapat melihat secara live perjuangan suami menuntut ilmu.Semoga ilmu-ilmu yang ditimba dapat dimanfaatkan buat umat Islam keseluruhannya.
Moga ketemu lagi di lain waktu.Siiru 'ala Barakatillah..:)
Perginya Ibu Tercinta
-
بسم الله الرحمن الرحيم “Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu ses...
1 month ago
4 comments:
salam, Subhanallah..Allah telah pilih ukhti utk merasa keindahan nikmat berada dekat dengan jasad Rasulullah..syukurilah ia..doakn semoga akk juga dpt kesana..
Ya Allah...
teringin sangat2 nak mnjejakkan kaki ke Madinah.
Doakan sy supaya dpt mnikmati kemanisan khusyuk di saf solat Masjid Nabawi.
harap sgt2... T_T
ummufathi: Alhamdulillah,haza min fadhly Rabbi..insyaAllah,sy doakn mga hajat akk dimakbulkan Allah,amin.Barakallahu fik!
Hafriz: InsyaAllah,niat yang baik pasti Allah akan makbulkan.Allah mencintai hati2 hamba yg sntiasa rindu utk hampir padaNya.mga jalan ini dprmudahkan,amin.
Post a Comment