Daisypath Anniversary tickers
:: SAYA MESTI BERJIWA BESAR!! ::

~sekadar hiasan~
Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Sejak 3 hari yang lepas,kami berdua mengalami demam panas dan selsema yang menyebabkan kondisi kami kurang stabil.Mungkin disebabkan suhu di luar rumah sekarang yang semakin sejuk dan menyengat hingga ke tulang sum-sum..salah satu nikmat Allah yang dapat kami rasai selama bermukim di bumi Mesir ini,dapat merasai suasana musim sejuk dan panas..Alhamdulillah..

InshaAllah esok suami akan berangkat pulang ke Madinah.3minggu bersama rasanya hanya sekejap cuma.hampir-hampir saya ' banjir' pada petang tadi,namun suami cepat bertindak!^_^
seperti biasa,dia menjadi mentor dan penasihat yang terbaik buat saya,isterinya yang kaya dengan emosi ini..^_^

kesimpulan yang dapat saya buat berdasarkan luahan,perbincangan dan kritikan kami pada petang tadi...SAYA MESTI BERJIWA BESAR!

Saya semakin faham apa itu erti PENGORBANAN..
saya semakin jelas apa itu KEIKHLASAN..
saya semakin teruja untuk TERUS BERJUANG!
inshaAllah..

saya merenung kronologi kehidupan emak jengka dan emak temerloh..
kedua-dua mereka adalah isteri kepada seorang ahli politik.Abah saya (Temerloh dan Jengka) sangat aktif berjuang di luar sana.tidak punya banyak masa di rumah bersama isteri dan anak-anak lantaran komitmen yang tinggi dicurahkan buat masyarakat.Namun,rasanya tidak pernah sekali pun mak mengeluh dan meluahkan rasa beban dan kesusahan membesarkan anak2 sendirian.Ya,mereka menang dalam mujahadah yang panjang.Merelakan suami keluar berjuang dan mendoakan kejayaan suami siang dan malam..

saya menyelak kembali diari perjuangan seorang isteri..zaujah kepada seorang ustaz saya di kampus dahulu.siang malam suaminya menginfakkan diri berkhidmat buat ummat.Hinggalah suatu ketika ustazah ini akan bersalin anaknya yang sulung,tetapi disebabkan suaminya berada di luar daerah kerana urusan kerja yang tidak dapat dielakkan,maka dia memandu sendiri ke hospital dan melahirkan anak sulungnynya dengan selamat..Kini,anak mereka telah mencecah ke angka 9 orang..MashaAllah,besarnya jasamu wahai isteri..

saya melihat kecekalan dan ketabahan di dalam hati Datin Seri Wan Azizah..6 tahun suami di dalam penjara,beliau sendirian membesarkan anak-anak dengan penuh perhatian dan kasih-sayang.Bening matanya menyembunyikan seribu sengsara dan kerinduan buat suami tercinta.
Dia juga wanita seperti saya.Punya hati yang lembut tetapi cekal memikirkan masa depan agama dan ummat.Hati isteri mana yang tidak terguris melihat mata suami lebam dan kesihatannya terganggu ketika berjauhan di sebalik tirai besi?Kagum di hati melihat dirinya teguh di sisi suami,biarpun turun naik mahkamah mungkin sudah menjadi rutin hidupnya..biarpun ujian bertimpa-timpa yang dihadapi oleh mereka sekeluarga..

saya kembali bersemangat bila menghayati kehidupan wanita besi,Senator Mumtaz.
artikel ini saya petik dari blog sahabat saya,Nur Farhana binti Omar..
SIAPA SENATOR MUMTAZ SEBENARNYA??
~Nama: Senator Mumtaz binti Mohd Nawi
~Maahad Muhammadi (P) Kelantan
~Ijazah Perundangan Sivil dan Syariah UIAM


PENCAPAIAN/PENGLIBATAN:
~Pelajar Terbaik SPM seluruh Kelantan
~3 Awards :
> Kurikulum
>Kokurikulum
>Keseluruhan Fakulti Undang-undang
UIAM(Konvokesyen IIUM : CGPA 3.833)
~Anugerah Beliawanis Kelantan
~Mula menjadi Senator ketika berusia 34 tahun
~Menjadi penceramah,pembentang kertas kerja,wakil mahasiswa untuk seminar2+forum peringkat nasional+antarabangsa sejak di Matrikulasi
~Memegang jawatan2 penting di kampus (antaranya Exco SRC (MPP UIA)

yang paling menarik kesibukan dan pencapaian beliau tidak menghalang beliau cemerlang sebagai ISTERI ketika di tahun 3 pengajian!Senator benar2 buat kami terpana..

Ini adalah antara wanita-wanita yang cekal hatinya dan berjiwa besar yang perlu saya contohi.
Kami hanya berjauhan untuk tempoh sementara.Allah Maha Tahu betapa dalamnya kerinduan saya pada suami,Allah Maha Mengerti setiap rintihanBold dan bisikan hati yang kami sampaikan padaNya,Allah Maha Memelihara suami saya walau di mana dia berada,pemeliharaan yang tidak kan sama dicapai oleh makhlukNya..dan kini saya menyerahkan segala-galanya pada Allah.Dengan segala keagunganNya dan segala pertolonganNya,inshaAllah kami mampu menghadapi fasa pengorbanan ini..Perjuangan untuk menuntut ilmu Allah,memartabatkan kembali agama Allah yang tercinta ini.


Allah menyatakan dalam surah Al-Talaq ayat 2 yang bermaksud :

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya."

Menurut sahabat Abdullah bin Mas'ud,ayat ini adalah formula penyelesaian masalah yang teragung di dalam Al-Quran..

Nah 'Ainun Mardhiah,kini masanya untuk berubah!!^_^




4 comments:

Ummu Izzuddeen said...

salam ainun..
ainun yg akak kenal, mmg berjiwa besar. Semoga sukses dan dipelihara ALlah selalu :)

Anonymous said...

wslm..jazakumullah khairan kathira ya habibti..doakn sy kak,trus kuat dan kuat!
sy nak jd isteri solehh mcam akk..
Allahu yubarik fik!=)

Monty B said...

Great reaading

Monty B said...

Great post, thank you