Daisypath Anniversary tickers
TIPS MENGULANG AL-QURAN BAGI PARA ISTERI (2)


TIPS 2-Meletakkan target dan sasaran untuk menamatkan semula Hafazan 30 Juz.

PERTAMA:Lakukan pembahagian surah dan Senaraikan terlebih dahulu:
1- Surah-surah yang langsung kita tidak ingat (bila disoal tidak nampak surahnya apa,ayatnya di mana)
2-Surah-surah yang 50 % kita masih ingat
3-Surah-surah yang masih kita lancar /masyi/ingat sungguh-sungguh.

KEDUA:Setelah melakukan pembahagian ini,tetapkan di dalam sebulan berapa surah yang mampu anda hafaz dan masyikan sungguh-sungguh.Lebih praktikal tetapkan di dalam sebulan paling kurang hanya satu surah yang mampu dihafaz dan dilancarkan (berdasarkan kepada realiti kesibukan diri).Jika sebulan 1 surah,12 bulan paling kurang anda sudah mampu menghafaz semula 12 surah ( InsyaAllah).


SEBAGAI CONTOH:

Setelah disenarai dan dibahagikan hafazan anda selama ini kepada 3 peringkat di atas,anda meyakini bahawa anda telah dapat mengingati Juz 30 (Juz Amma) dengan baik dan terdapat beberapa surah pilihan yang telah anda hafaz dan dapat mengingatinya dengan lancar.
Jadi,jumlah baki surah yang perlu anda tekuni hafazannya adalah sebanyak 75 Surah sahaja lagi.

Jumlah : 75 surah
1bulan : 1 surah
12 bulan ( 1tahun): 12 surah

Jadi anda hanya perlukan lebih kurang 7 tahun sahaja lagi untuk mengingati semula semua 30 juz Al-Quran!
Seandainya anda mampu menghafaz lebih banyak surah di dalam sebulan itu adalah lebih baik.Saya menyatakan contoh di atas setelah mengambil kira faktor kehidupan seorang Hafizah setelah bergelar isteri,ibu dan wanita bekerjaya yang realitinya sangat sibuk. Tetapi kesibukan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk seorang Hafizah melupakan Al-Quran.

Menjaga Al-Quran perlu kepada mujahadah yang tinggi.Lawan perasaan malas dan kuatkan hati untuk mengingati kalamullah.


TIPS 3 : Untuk mengelakkan diri cepat penat atau jemu dalam mengulang Al-Quran,gunakan teknik atau taktik tersendiri yang anda sukai untuk mengulang Al-Quran.

Maksud saya,tidak semestinya mengulang Al-Quran dari surah Al-Baqarah.Boleh juga memulakan target hafazan ini dengan menghafaz surah-surah lain yang anda teruja untuk menghafaz dan mendalami makna ayatnya.Teknik ini fleksibel.Apa yang penting anda memperoleh semangat untuk mendalami semula kalam Allah yang mulia ini.

SEBAGAI CONTOH: Untuk tahun pertama ini,anda teruja untuk menghafaz surah-surah dari Juz belakang( Juz 28,29).Senaraikan terus surah-surah ini untuk hafazan anda dalam masa setahun (2012).

Januari: Surah Al-Mursalat
Februari:Surah Al-Qiyamah
Mac:Surah Al-Muzzammil
April:Surah Al-Jinn
Mei:Surah Nuh
Jun:Surah Al-Haqqah
Julai:Surah Al-Qalam
Ogos:Surah Al-Munafiqun
September:Surah Al-Jumu'ah
Oktober:Surah Al-Mumtahanah
November:Surah Al-Qamar
Disember:Surah Al-Fath.

1 Bulan : 1 Surah rasanya tidaklah membebankan bagi seorang isteri yang telah pernah menghafaz Al-Quran.Setelah tiap surah itu telah dihafaz,dengarkan semula melalui kaset atau CD di dalam kereta ketika pergi dan pulang dari tempat kerja,sambil memasak,menyusukan anak atau sedang beristirehat bersama keluarga.InsyaAllah kita akan lebih seronok untuk mengulang Al-Quran.

Terdapat lagi tips-tips hafazan Al-Quran yang ingin saya kongsikan bersama pembaca.InsyaAllah pada kesempatan yang lain saya akan kongsikan bersama anda.Semoga ia diterima sebagai ilmu yang bermanfaat.


" Hakikatnya kita pernah menghafaz 30 Juz Al-Quran.Peliharalah Al-Quran selagi hayat dikandung badan..'


5 comments:

Ummu Abdan said...

Salam,

Ainun apa khabar?

Ummu Abdan

Hamba Allah said...

Assalamualaikum ukhti ainun :) Harap akak msih igt ana,,, Maryam Jameelah.. Alhamdulillah, entry akak yg ni bisa mencetus kembali momentum ana untuk mengulang dan kembali menghafaz Qur'an... Hakikat yg kita pernah menghafal Qur'an dan tanggungjwb menjaganya mmg ana salute akak berjaya menggerakkan apa yg berada dalam diri, syukran jaziilan ukhti :)

Pena Ainun Mardhiah said...

UI > Ummu Abdan : wslm..Alhamdulillah kami sihat kak..selamat menuntut ilmu di perantauan kak :)

Pena Ainun Mardhiah said...

Bintun Ali : Wslm..akak ingat lg dik:) Haza min fadhly Rabbi..semuanya tercetus apabila mnenangkan kelemahan diri ini dik..sama2 kita jaga Quran ye:)

Anonymous said...

Bila balik malaysia? Akak jumpa Kak Ninie sebelum bertolak hari tu, ramai betul pelajar TAHAP yang akak jumpa. Dunia sungguh kecil. Ada masa datanglah Glasgow, kami mungkin ke Saudi dalam tahun ini.

Ummu Abdan