khabaran tanah air


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Minggu kebelakangan ini,saya mengamati perjalanan suasana dan keadaan politik di Malaysia dengan penuh minat.kalau sehari tidak mendapat khabaran tentang tanah air tercinta,rasanya saya benar-benar ketinggalan.

1- Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail yang mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam.

2-Serentak dengan itu,Malaysia digemparkan seketika dengan kisah Aduka Taruna,penulis blog yang mencetuskan kontroversi berkaitan dengan kemangkatan Sultan Johor.


Rasanya tidak perlulah diulas panjang kerana perkara ini juga masih di dalam penyiasatan.

Namun,sebagai umat Islam dan rakan seaqidah, saya terpempan dan terkejut yang teramat apabila membaca blog beliau,ten
tang kata2nya berkenaan isteri Rasulullah yang utamanya.
Cacian yang dilontarkan kepada Saiyidatina Aisyah bukanlah satu perkara kecil malah menimbulkan kemarahan yang teramat di hati umat Islam. Kadangkala manusia lantang berhujah,mengeluarkan pandangan dan pendapat sehingga terlupa akan terbitnya banyak kekhilafan dari setiap kata2 yang dilontar.

Sebagai manusia yang diajar dengan adab dan susila di dalam Agama,marilah kita sama2 memohon agar Allah meluruskan kembali jalan kehidupannya dan kita semua. sungguh Allah itu Maha Mengetahui Yang Terbaik buat hamba2Nya.
Terselit doa dan harapan di hati saya semoga apa yang bakal diterima dan dilalui oleh Aduka Taruna akan memberi keinsafan dan kesedaran di hatinya.



3-Menjengah ke laman politik Perak,bulan ini kita bakal berdepan dengan suasana yang menggugat dan mendebarkan.

Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusannya pada 9 Februari ini sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal dalam jawatan Menteri Besar Perak atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat kembali jawatannya.

Tentu sahaja pengumuman ini amat2 dinanti khususnya buat rakyat Perak setelah hampir setahun pertikaian isu Menteri Besar Perak tercetus.

Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan pakatan Pas, DAP dan PKR.

Harapan besar dilafazkan di hati rakyat,semoga pemimpin yang diumumkan nanti adalah insan yang benar2 tulus dan ikhlas di dalam membawa agenda kebangkitan dan kemajuan rakyat.

4- Belum reda dengan isu kalimah Allah,Malaysia digemparkan sekali lagi dengan

penemuan kepala babi yang dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama baru-baru ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

memetik kalam Ustaz Idris Ahmad,Ketua Penerangan PAS Pusat :

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling kepala babi di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.


Perbuatan khianat ini jelas bertujuan untuk memprovokasi umat Islam untuk bertindakbalas. PAS berharap agar umat Islam dinegara ini dapat bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi ini.


Sejak keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God', jenayah membakar, menyerang dan cuba menimbulkan ketegangan kaum menjadi-jadi.

PAS berharap agar pihak Polis meningkatkan rondaan keselamatan dan juga membuat siasatan segera terhadap insiden yang dilaporkan. PAS juga menyeru kepada rakyat dan NGO membantu pasukan keselamatan bagi memantau perkara ini bagi mengelakkan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini terus berlaku.

0 comments: