KITA YANG BERGELAR ISTERI..


Sedari kecil,saya rasa amat tercabar apabila melihat kaum Adam menindas kaum Hawa.Saya merasa geram yang amat sangat apabila membaca berita suami memperlakukan isterinya dengan kasar dan tidak berperi kemanusiaan.saya sedih apabila ada sahabat-sahabat saya yang bertemu saya dan mengadu tanpa ada sebab yang kukuh tiba-tiba tunangnya memutuskan tali pertunangan..saya sering terfikir adakah kerana wanita itu jiwanya lembut,maka lelaki boleh berbuat sesuka hati?

Setelah berkahwin, saya makin mengenali siapa itu lelaki.tidak semua lelaki bersikap keterlaluan begitu dan paling penting setiap perkara dan permasalahan yang berlaku sinonimnya adalah kerana wujudnya masalah komunikasi yang kurang baik dan masih kurang memahami tentang amanah yang terpundak di bahu suami isteri.Semua perkara ini memerlukan proses belajar,
give and take dan paling penting keikhlasan suami isteri untuk menerima pasangannya seadanya,dengan penuh rasa cinta.

Menyelusuri fatrah akhir zaman ini,terasa tugas amanah Pendakwah semakin berat.
Melihat kepada keadaan semasa tentang keruntuhan institusi rumahtangga , jiwa saya sebagai isteri turut sama dirundung bimbang.

Saya bimbang melihat ramainya wanita yang mendedahkan aurat di luar rumah,padahal dirinya telah sah menjadi milik seorang suami.terbit kegusaran di hati,bagaimana si suami boleh mengizinkan isteri yang dicintai keluar dari rumah untuk menghiburkan orang lain?
suami amat berperanan membimbing dan memimpin isteri menuju ke jalan yang diredhai Allah.Relakah suami melihat isteri berpakaian seksi,ber
posing maut dan gambar isterinya itu terdedah sewenang-wenangnya di dada-dada akhbar dan majalah?

Wahai suami,isteri itu amanahmu.
Luruskanlah isterimu dengan penuh kasih-sayang untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah kerana hakikat sebuah perkahwinan itu didirikan bukan hanya kerana tuntutan nafsu tetapi untuk menjaga iman dan agama.
Dengan matlamat yang jelas,kamu akan dapat mengemudi bahtera rumahtangga ini dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah..

Wahai isteri,takutlah kepada Allah.
Erti taat itu bukan setakat menjaga makan minum,pakaian dan fizikal suami sahaja,malah lebih besar dari itu dengan menjaga maruah suamimu.Dia lelaki yang telah Allah hadiahkan istimewa buat dirimu,maka tunaikanlah hak kepada suamimu dengan baik.Pelihara maruahmu,perlakuanmu,tutur katamu,pakaianmu kerana ke mana kamu pergi kerana kamu membawa namanya,maruahnya.


KITA YANG BERGELAR ISTERI..
Suami adalah insan yang paling kita cintai selepas Allah dan Rasul..

Kita ingin menjadi bidadarinya di dunia dan di syurga sana..
Kita ingin memelihara maruahnya agar kita tergolong dalam golongan isterinya yang solehah..
Kita taatkan nasihat dan tegurannya agar Masjid yang terbina ini selamanya bahagia dan harmoni..

Kita yang bergelar isteri..
Jasad ini hanya pinjaman dari Allah..
Kita ingin menjadi penyejuk mata suami..
menjadi penghiburnya,sayap kirinya yang ampuh..
Kita sentiasa ingin meniupkan roh perjuangan di dalam jiwanya..

Kita yang bergelar isteri..
Kita tidakkan rela melihat suami bermuram durja..
Kita paling bahagia melihat dirinya suka dan gembira..

Kita yang bergelar isteri..
Kita yang dikatakan Rasulullah di dalam sabda Baginda,
(yang bermaksud):

"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (Hadis riwayat Ahmad)

"Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)


Daripada Ummu Salamah, dia berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredainya, maka dia akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)

Kita yang bergelar Isteri..
Kita ingin berakhlak seperti Saiyidatina Fatimah..
Di dalam kesederhanaan dan kesusahan..
Setia mengurusi suami dan anak2 tanpa pembantu..
Hanya zikir menjadi nadi ketenangan dan kekuatan..


kita yang bergelar isteri...



2 comments:

Maslina said...

sangat terkesan, kak..terima kasih..boleh saya mohon share?

UMAIR INSYIRAH said...

silakan..semoga bermanfaat utk insan lain juga..:)