Minggu ini ummi dan abah kembali berbincang serius bagaimana untuk meningkatkan lagi prestasi Al-Quran Muadz.Syukur Alhamdulillah,di rumah kami sudah dipasang unifi,Jadi ummi boleh memasang video Alif Ba Ta dan Al-Quran terus dari youtube untuk tontonan Muadz.
Alat bantu mengajar sangat penting supaya Muadz tidak bosan belajar hanya dengan satu cara sahaja.
Target ummi untuk Muadz pada bulan Disember ini adalah
MUADZ MAMPU UNTUK MENGENAL SEMUA HURUF HIJAIYAH DENGAN BAIK
Ini adalah jawapan Puan Lina:
"Saya memang galakkan ibu-ibu mengajar tidak ikut turutan dari awal. InsyaAllah jika anak kenal, itu bermakna dia benar2 kenal dan bukan kerana dia menghafal.
Selamat mendidik!"
Alhamdulillah,ummi menarik nafas lega.
Selepas Muadz berjaya mengenal semua huruf nanti,In Shaa Allah ummi akan teruskan usaha dengan mengajar Muadz menghafaz Surah-surah akhir dari Al-Quran step by step.Bagi ummi,tidak mengapa Muadz menghafaz sedikit demi sedikit,yang penting Muadz dapat membaca dan menghafaz dengan baik dan kekal di ingatan.
Pengalaman ummi semasa menghafaz Al-Quran dahulu,kadangkala kami terlalu mengejar Muqarrar/Silibus Hafazan Al-Quran agar segera tamat mengikut masa yang ditetapkan.Kesannya ayat-ayat yang telah dihafaz sebelum ini tidak betul-betul melekat di ingatan.Jadi perkara ini sedikit merugikan.Maksud saya,kita perlu mencari masa yang lain pula untuk mengulang ayat-ayat yang pernah dihafaz sebelum ini.Jadi sebolehnya ummi tidak mahu perkara sebegini berlaku pada anak-anak.
BILA MASANYA MUADZ BERMAIN?
Muadz sama seperti baby lain.Aktif meneroka dunianya sendiri.Saya tidaklah terlalu menekan Muadz untuk membaca,belajar dan membaca.Saya cuma mengajar Muadz dalam masa setengah jam setiap hari (paling lama).Waktu inilah saya menyebut huruf-huruf Hijaiyah satu persatu dengan suara yang jelas.Selain waktu ini saya memasang video Alif Ba ta untuknya.Muadz masih ada masa untuk menonton Upin Ipin dan bermain dengan seronoknya pada waktu yang lain.
Saya pasti ibu-ibu di luar sana pasti mempunyai kaedah tersendiri bagaimana untuk mendidik anak-anak.Saya cuma berkongsi untuk memberi semangat kepada diri sendiri agar meneruskan misi dan visi saya untuk memastikan anak-anak mengenal Al-Quran seawal usia mereka.Tidak bermaksud untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak pandai seolah-olah saya sahaja yang pandai mendidik anak( Astaghfirullahalazim).Sekiranya pembaca sekalian ada idea atau perkongsian pengalaman,saya sangat alu-alukan nasihat daripada anda:)
Video di atas inilah yang ummi pasangkan untuk Muadz setiap hari.Semuanya ada 15 video,ummi dapatkan dari youtube.Muadz nampak enjoy bila ummi pasangkan video ini Alhamdulillah:)
3 comments:
Salam Ukhuwwah Ummu Muadz,
Terima kasih atas perkongsian yg menaikkan balik semangat ^_^ Boleh saya tahu berapa umur Muadz? Saya pun pernah attend kursus Pn Lina. Permulaan pengenalan agak mudah, tapi skrg, selepas mengenal lebih kurang separuh dr huruf hijriah, sangat mencabar rasanya. Dia hanya ingat yg separuh yg senang tu saja. Dan oleh sebab itu nak memujuknye untuk ber alif ba ta makin sukar. Tapi saya tahu saya tak boleh patah semangat! sekarang berumur 2 tahun stengah. rasanya belum 2 tahun lg dia dah ingat separuh tu. Harap ummu dapat beri cadangan? Saya juga guna CD alif ba ta tu ^_^
slm ukhuwah ummu Thahirah,
umur Muadz 1thn 7bln skrg ni.Sy pun dlm proses menguatkn smangat mengajar dia kak.
Sy rasa akak teruskan je pasangkn nasyid2 dan sebut flashcard kat dia.Muadz ni pun suka sebut huruf tertentu je,tapi sy ulang2 juga semua huruf tiap hari.Nasyidkan dia Alif Ba Ta spjg masa,waktu tukar pampers,suap makan,dalam kereta dan bila2 je..Dia nampak enjoy dan kesannya setiap hari ada penambahan huruf baru yg dia sebut.
All the best kak!:)
salam perkenalan,terima kasih atas perkongsian Ummu Muadz,byk yg saya dapat belajr dari perkongsian ini,skarang ni pun sy mmg tgh perkenalkan anak saya kpd al quran..permulaanya lebih kepada nasid ali ba ta di youtube..
so far alhamdulillah dia dah kenal beberapa huruf,
mungkin agak lambat kot,sbb umur anak saya sakng ni dah 2 tahun 9 bulan,tapi bettet late than never kan...hehehe
utk tahun baru ni sy nk ajar solat plak,bkn sblm ni xpernah ajar,memang tiap kali saya solat,sy akan bentang 2 sejadah,satu untuk saya,dan satu lagi untuk anak saya...memang seronok bila buat bersama2...
nnti jemputla ke blog saya k..www.mysufisecret.blogspot.com
Post a Comment