:: MAHALNYA SEORANG WANITA ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..Syukur ya Allah..di atas pinjaman nafas ini..


Para muslimatku..

Islam adalah agama yang syumul , yang memerintahkan penganutnya menutup aurat. Mahalnya seorang wanita itu apabila auratnya terjaga dengan baik, haram untuk dipertontonkan kepada mereka yang bukan mahram.


Adakah aurat boleh ditayangkan sesuka hati semata- mata kerana alasan

" ini aktiviti lasak.kalau pakai tudung takut tersangkut,nanti jatuh.."

" saya cuma ikut arahan pengarah je.. "

" panas la kak kalau pakai tudung.."dan lain-lain alasan yang kita sendiri tidak boleh berkompromi !


Saya teringat kisah para sahabiah pada zaman dahulu, dalam keadaan berjubah , berhijab dan menutup aurat , mereka masih kental dan mampu mara ke barisan hadapan bersama para mujahidin. pakaian muslimah tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk memacu kuda perang setangkasnya demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Islam itu tinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya..

Seruan buat para muslimah..

Marilah kita menjaga dan mempertahankan aurat kita segagahnya kerana Allah . Islam telah mengangkat darjat wanita di tempat yang mulia. Perasaan malu adalah benteng diri kita dari melakukan maksiat kepada Allah.Kita tahu,kita sedar aurat kita adalah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan ,maka jagalah ia sebaik-baiknya kerana setiap satu anggota itu akan dipersoalkan di akhirat kelak. saya teringat nasihat kakak2 semasa saya di sekolah menengah dulu..

" adik-adik, wanita yang mulia adalah wanita yang menjaga diri sebaiknya dari pandangan lelaki yang bukan mahram. diri ini adalah hadiah istimewa buat suami. wanita yang terjaga adalah ibarat emas dan permata yang tersimpan di dalam bekas kaca yang cantik, letaknya di tempat yang tinggi.tidak boleh diusik oleh sebarang tangan manusia,mereka hanya mampu melihatnya dari jauh tanpa boleh memegangnya..tetapi wanita yang tidak menjaga dirinya adalah seperti emas celup yang dijual di tepi-tepi jalan,memang cantik tapi bercampur dengan debu-debu yang berterbangan.mana-mana tangan boleh melihat dan membelek kemudian meninggalkannya jika tidak berkenan di hati."


Justeru para muslimahku, pertahankanlah maruah kita sebaiknya.Saat ini, berapa ramai saudara2 kita,sejenis dengan kita tergadai maruahnya lantaran merasakan Islam ini hanyalah pada nama.Sedangkan setiap suruhan Allah itu pastinya terkandung pengajaran,menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Tutuplah dada,lengan , kaki dan seluruh anggota kita dengan sebaiknya kerana Allah, kerana taat dan patuh akan semua suruhan Allah , kerana ingin menjadi hamba yang diredhai oleh Allah dan disayangi oleh Rasulullah SAW apabila kita mengikuti semua sunnah2 Baginda.

Saya ingin berkongsi dengan pembaca gambar-gambar polis wanita Iran ketika menjalani latihan di negara mereka.MashaAllah , hebatnya Islam memelihara kemuliaan wanita.Pakaian yang menutup aurat sama sekali tidak menghalang mereka untuk bekerja.


Wahai para muslimahku..

Semoga Allah memelihara kita semua dari azab neraka di saat tiada satu makhluk pun yang mampu berhadapan dengannya..

















0 comments: