:: saat terpikulnya amanah sebagai Hamalat Al-Quran ::



Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian
alam..

Hari ini hati saya amat
merindui bumi Darul Quran.maka saya pun melawat ke blog DQ untuk melepaskan kerinduan yang teramat di hati kecil ini.. Ini berita terkini dalam blog DQ..

Pada tarikh 2 Mei 2009 bersamaan 7 Jamadil Awal 1430H, telah berlangsungnya majlis sambutan pelajar-pelajar baru program Diploma Tahfiz
Al-Quran Wal Qiraat sesi 2009/2012 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Haji Wan Mohamad B. Dato' Syeikh Abdul Aziz selaku ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bilangan pelajar yang mendaftar bagi program diploma ini seramai 202 pelajar yang melibatkan banin 119, manakala banat 92 orang.

Alhamdulillah..DQ menerima tetamu baru lagi..adik-adik yang suci hatinya , ikhlas
niatnya untuk menghafaz kalam Allah ini.bagi saya jumlah yang mendaftar tahun ni makin bertambah ( tak pasti pula tahun lepas berapa jumlahnya ). zaman saya dulu (tahun 2004/2007), jumlah kami pelajar banat yang mendaftar dalam lingkungan 60 0rang je.Alhamdulillah.. syukur pada Allah..

Di kesempatan yang ada ini , saya ingin menukilkan beberapa kalam nasihat & taujihat buat adik-adik saya yang baru menjejakkan kaki ke bumi DQ ini..Nasihat dari seorang kakak kepada adik-adik di atas tautan Aqidah walaupun kita tidak pernah bersua muka =)

Pertama sekali Mabruk akak ucapkan buat adik-adik.Pastinya sebelum bersetuju untuk mendaftar ke bumi DQ, adik-adik sudah memikirkan dalam-dalam hala tuju kehidupan adik selepas ini..kerana bidang yang adik-adik ceburi ini bukanlah bidang yang boleh dianggap enteng. kita berjanji untuk menghafaz kalam Allah, 'surat cinta' dari Allah buat hamba-hambaNya. menghafaz Al-Quran pastinya wajib dimulakan dengan mentajdid dan mengikhlaskan niat.kita melafaz ikrar bukan hanya di hadapan pensyarah dan ayah bonda bahkan ikrar di hati itu adalah perjanjian antara kita dengan Allah. berjanji untuk mengingati setiap patah huruf Al-Quran,berjanji untuk memelihara Al-Quran dan berjanji untuk mengamalkan ilmu Al-Quran ini di dalam seluruh kehidupan kita..Subhanallah..dan yakinlah bahawa antum telah membuat keputusan yang tepat!

kelas tasmi ' us asshik =)

Adik-adik.. Kita adalah umat akhir zaman yang sedang melalui zaman fitan dan kefasadan. Zaman ini terlalu banyak kemungkaran yang bermaharajalela..lebih memedihkan hati& menimbulkan kemarahan apabila Al-Quran yang menjadi petunjuk umat Islam ini sesuka hati dihina dan diperlakukan dengan keji!! Di saat akhbar melaporkan para remaja membakar,mengoyak dan berzina di atas Al-Quran pastinya hati kita marah yang teramat bukan??!!

cuba kita renung si
rah Rasulullah SAW, Al-Quran turun dalam keadaan yang cukup mulia. Al-Quran diturunkan dari Allah ke Luh Mahfuz dan wahyu ini disampaikan kepada Baginda yang tercinta melalui perantaraan Malaikat Jibril . Malaikat Jibril akan menyemak bacaan Rasulullah SAW sekali setiap tahun dan menjelang tahun kewafatan Rasulullah , Al-Quran itu disemak sebanyak dua kali..Apakah hikmah di sebalik semakan ini? Tentunya untuk memastikan Al-Quran ini suci dari tiap kesalahan dan kesilapan.Selanjutnya, Al-Quran ini dihafaz pula oleh para sahabat. Mereka menulis ayat-ayat Al-Quran di atas pelepah tamar , kulit binatang dan kepingan batu yang nipis supaya dapat menjadi rujukan mereka apabila terlupa akan ayat tersebut..Subhanallah..betapa bersungguhnya para sahabat memelihara Al-Quran.
Maka,menj
adi tugas kitalah sebagai penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah untuk memastikan Al-Quran ini terus dipandang mulia hingga ke hari kiamat..

Adik-adik..
Niat yang bersih dan ikhlas akan dapat mengemudi kehidupan adik-adik di hari muka.Kehidupan sebagai Hamala
t Al-Quran tidak sama dengan kehidupan kita sebelum ini.Mungkin sebelum ini kita boleh lena tidur bila menjelangnya larut malam, namun kali ini adik-adik akan dapat merasai saat itulah waktu yang paling lazat untuk mentadabbur 'surat cinta' dari Allah ini.Hamalat Al-Quran adalah insan-insan yang berusaha untuk mengurangkan ketawa dan memperbanyakkan tangisannya lantaran menginsafi kelemahan dan kekerdilan diri..Hamalat Al-Quran adalah hamba yang ringan jasadnya untuk bangun beribadah pada waktu malam. Hamalat Al-Quran adalah hamba yang sentiasa berasa gembira dan teruja untuk melaksanakan puasa sunat dan ibadah sunat yang lain..semuanya ini akan kalian rasai di bumi bertuah itu..
( tak surpriselah kalau citer semua!
) ^_^

Hormati semua pensyarah..ayah bonda kita di sana..Hormatilah semua pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang bekerja di DQ..tak kira siapa pun mereka . jangan lokek untuk melemparkan senyuman dan salam.mungkin berkat doa mereka, Allah kurniakan kejayaan pada kita di dunia dan di akhirat..( aaa..sangat rindu pada makcik-makcik yang membersihkan masjid DQ setiap hari.tolong sampaikan salam pada mereka ye=)


suasana menghafaz di DQ..ni kawan2 us asshik=)

Jangan putus asa kalau tak mampu tasmi' satu maqra' setiap hari ( kelas akak dulu kena tasmi' 1 maqra' paling kurang) kuatkan semangat ! yakinlah bahawa satu masa nanti Allah PASTI akan memberikan kemudahan pada kita..iadah Al-Quran hari-hari supaya kita tak lupa.
( boleh rujuk blog mantan exco Laterinfo DQ,akhi syafiq kalau nak tau cara terbaik untuk iadah Al-Quran )


buat akhirnya..



"KUATLAH DEMI AL-QURAN KERANA ALLAH MEMANDANG KITA DENGAN PENUH KASIH-SAYANG " ^_^





0 comments: